CARDIFF: Seorang wanita terkejut selepas berjaya menemukan semula cincin pertunangannya yang hilang 54 tahun lalu. Marilyn Birch dan suaminya, Peter yang tinggal di Pontardawe di Neath-Port Talbot, memberitahu Sky News ia adalah pertemuan semula yang penuh emosi. Marilyn, 76, kehilangan cincin itu semasa memberi makan lembu di ladang keluarganya pada tahun 1970. “Saya terus mencari hampir setiap hari, berharap saya akan ternampak di suatu tempat. Akhirnya kami berputus asa dan merasakan tidak akan melihat cincin pertunangan itu lagi,” katanya. Tetapi baru-baru ini pakar pengesan, Keith Phillips dipanggil untuk meneroka tanah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya