BANGKOK: Strok haba mengorbankan 61 orang di Thailand setakat tahun ini, meningkat daripada jumlah keseluruhan tahun lalu, lapor kementerian kesihatan. Gelombang haba luar biasa melanda seluruh wilayah negara itu sejak beberapa minggu lalu, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai cuaca panas terik hampir setiap hari. Kementerian kesihatan berkata, 61 orang meninggal dunia akibat strok haba sejak awal 2024, berbanding 37 orang pada keseluruhan 2023. Jelasnya, timur laut Thailand yang menjadi kawasan utama pertanian menyaksikan jumlah kematian tertinggi. Para saintis sudah lama memberi amaran perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya