KYIV: Ukraine mendakwa berjaya menembak jatuh pesawat pengebom strategik Russia buat kali pertama selepas ia melancarkan serangan udara jarak jauh yang mengorbankan lapan orang termasuk dua kanak-kanak di wilayah tengah Dnipropetrovsk. Menurut agensi perisikan tentera GUR Ukraine di laman webnya, pesawat pengebom dengan reka bentuk era Soviet, Tu-22M3 dijatuhkan kira-kira 300 kilometer di dalam Russia. “Buat pertama kali unit peluru berpandu antipesawat tentera udara dengan kerjasama perisikan pertahanan Ukraine, memusnahkan pengebom strategik jarak jauh Tu-22M3,” kata tentera Ukraine dalam satu kenyataan Jumaat lalu. Ketua Direktorat Perisikan Utama GUR, Kyrylo Budanov…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya