Trump rela hukuman penjara langgar gag order 

Trump rela hukuman penjara langgar gag order 

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa menjadi penghormatan besar baginya untuk dipenjarakan kerana melanggar perintah larangan bersuara (gag order) yang akan dikenakan oleh hakim berhubung tuduhan memberi bayaran kepada bintang filem lucah.

“Jika penggodam partisan ini mahu mengenakan saya kerana bercakap benar secara terbuka dan jelas, saya dengan senang hati akan menjadi Nelson Mandela zaman moden.

“Ia akan menjadi penghormatan besar bagi saya,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

Trump merujuk kepada Hakim, Juan Merchan yang akan mempengerusikan perbicaraannya di Mahkamah Negeri New York di Manhattan atas pertuduhan jenayah kerana menutup bayaran AS$130,000 (RM618,306) sebelum pilihan raya 2016 kepada bintang lucah, Stormy Daniels supaya mendiamkan diri mengenai dakwaan pertemuan seksual mereka.

Perbicaraan tersebut dilaporkan bermula pada 15 April ini.

Calon Republikan yang mencabar Presiden Demokrat, Joe Biden dalam pilihan raya 5 November ini mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan dan menafikan pertemuan dengan Daniels, yang nama sebenarnya Stephanie Clifford.

Merchan pada 1 April memperluaskan perintah larangan sedia ada yang menghalang Trump daripada mengulas secara terbuka tentang saksi serta kakitangan mahkamah dan menjelaskan ia juga terpakai kepada ahli keluarga mereka.

Beliau berbuat demikian selepas Trump memperlekehkan anak perempuan Merchan.

Tuduhan pembayaran wang tersebut adalah satu daripada empat kes jenayah yang dihadapi Trump menjelang pilihan raya AS.

Kes itu mungkin satu-satunya yang dibawa untuk perbicaraan sebelum pilihan raya dan Trump mengaku tidak bersalah kepada semua pertuduhan malah menggelarnya hanya bermotifkan politik.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN