SYDNEY: Polis Australia mengisytiharkan insiden tikaman di Gereja Christ The Good Shepherd di pinggir bandar Wakeley, Isnin lalu, sebagai ‘serangan pengganas’. Lapor BBC, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diberkas selepas menikam seorang paderi dan beberapa pengunjung gereja semasa sesi khutbah disampaikan. Bagaimanapun, tikaman rambang yang menyebabkan kecederaan itu tidak mengancam nyawa mangsa. Insiden berkenaan turut tersiar dalam sesi siaran langsung semasa upacara di gereja berkenaan. Kejadian yang berlaku pada sebelah petang itu mengundang keresahan ramai sehingga beratus-ratus orang berkumpul di luar gereja dan bertempur dengan anggota polis. Pertempuran itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya