Tentera Myanmar berundur ke jambatan sempadan Thailand

Tentera Myanmar berundur ke jambatan sempadan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Kira-kira 200 anggota tentera Myanmar berundur ke jambatan yang menghubungkan bandar sempadan Myawaddy dengan Thailand berikutan serangan selama beberapa hari di kawasan itu oleh pemberontak anti-junta.

Kerajaan yang dikendalikan oleh tentera Myanmar sedang memerangi kumpulan pemberontak bersenjata di beberapa bahagian dan dilaporkan mengalami beberapa kekalahan di kawasan sempadan.

Pengunduran tentera junta di Myawaddy yang bersebelahan dengan Mae Sot Thailand menandakan potensi kehilangan satu lagi pos perdagangan sempadan utama yang mempunyai akses lebuh raya terus ke bahagian tengah Myanmar.

Jurucakap kumpulan Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) yang mengetuai serangan ke atas Myawaddy, Saw Taw Nee berkata, kira-kira 200 tentera yang melarikan diri berkumpul di lintasan sempadan ke Thailand.

Akhbar berita tempatan Khit Thit melaporkan, pihak berkuasa Thailand sedang berbincang dengan askar untuk memutuskan sama ada mereka boleh diberi perlindungan.

KNU berkata, minggu lalu tenteranya menyerang kem junta berhampiran Myawaddy, memaksa kira-kira 600 anggota keselamatan dan keluarga mereka menyerah diri.

Penguasa Imigresen Wilayah Tak di Thailand, Kolonel Polis Borwornphop Soontornlekha berkata, lintasan sempadan di kawasan itu dibuka untuk orang awam yang datang ke Thailand dari Myanmar secara beramai-ramai.

“Biasanya terdapat kira-kira 2,000 orang yang menyeberang ke Mae Sot dari Myawaddy setiap hari tetapi tiga hari terakhir bilangannya hampir 4,000 setiap hari,” katanya.

Tentera Thailand meningkatkan kawalan keselamatan di bahagian sempadannya, mengerahkan kenderaan tentera yang dilengkapi dengan mesingan dipasang di atas bumbung.

Menurut kumpulan masyarakat sivil Karen Peace Support Network, sekurang-kurangnya 2,000 orang kehilangan tempat tinggal di Myanmar akibat pusingan baharu pertempuran antara pemberontak dan tentera.

Tentera Myanmar yang merampas kuasa pada 2021 selepas menggulingkan kerajaan awam yang dipilih menghadapi beberapa siri kemunduran terhadap pakatan longgar kumpulan pemberontak etnik dan gerakan awam.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN