TEL AVIV: Ribuan penunjuk perasaan menyertai protes menggesa pilihan raya di Israel dalam episod terbaharu bantahan terhadap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Satu lagi kumpulan penunjuk perasaan turut berkumpul berhampiran kediaman Netanyahu di Baitulmuqaddis. Bantahan itu turut menuntut lebih banyak tindakan daripada kerajaan untuk membawa pulang tebusan yang ditahan di Gaza. Netanyahu berjanji meneruskan kempen Israel di Gaza yang sudah membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin. Netanyahu berulang kali menolak pilihan raya awal kerana beliau dijangka kalah, malah proses pengundian ketika peperangan didakwa hanya akan memberi kelebihan kepada Hamas.-AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya