SYDNEY: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diberkas polis selepas menikam seorang paderi dan beberapa pengunjung semasa sesi khutbah disampaikan di Gereja Christ The Good Shepherd di pinggir bandar Wakeley, Sydney, pada Isnin.
Bagaimanapun, tikaman rambang yang menyebabkan kecederaan itu tidak mengancam nyawa mangsa.
Insiden berkenaan turut tersiar dalam sesi siaran langsung semasa upacara di gereja berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada sebelah petang itu mengundang keresahan ramai sehingga beratus-ratus orang berkumpul di luar gereja dan bertempur dengan anggota polis.
Rusuhan itu menyebabkan anggota paramedik terpaksa berundur untuk berlindung di gereja sehingga terkurung selama lebih tiga jam bagi memastikan keadaan kembali tenang. -BBC