BRUSSELS: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg mencadangkan pakej bantuan ketenteraan selama lima tahun berjumlah 100 bilion euro (AS$107 bilion atau RM511.8 bilion) yang akan memberi pakatan Barat peranan langsung dalam usaha menyokong Ukraine. Di bawah rancangan itu, NATO akan mengambil alih beberapa kerja penyelarasan daripada gabungan ad-hoc diketuai AS yang dikenali sebagai kumpulan Ramstein. Diplomat berkata, langkah itu direka sebahagiannya untuk mengawal sebarang sekatan sokongan AS jika bekas Presidennya, Donald Trump kembali ke White House. Cadangan itu dijangka akan dibincangkan pada mesyuarat dua hari menteri luar NATO…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya