Lelaki UK maut terlebih makan vitamin D

Lelaki UK maut terlebih makan vitamin D

PAKAR memberi amaran suplemen vitamin D boleh membawa maut jika diambil berlebihan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat hiperkalsemia, keadaan jarang berlaku yang berpunca daripada pengambilan vitamin D berlebihan.

Lapor Oddity Central, David Mitchener, seorang ahli perniagaan bersara berusia 89 tahun dimasukkan ke Hospital East Surrey pada 10 Mei 2023 dan disahkan meninggal dunia sepuluh hari kemudian. 

Menurut laporan Penolong Koroner di hospital itu, Jonathan Stevens, paras vitamin D lelaki berkenaan berada pada tahap maksimum 380ng/mL sedangkan laporan oleh Institut Perubatan (IOM) pada 2010 menganggarkan tahap vitamin D sebanyak 20ng/mL sudah mencukupi untuk kesihatan tulang yang baik.

Ketoksikan vitamin D disenaraikan sebagai salah satu faktor utama kematian Michener bersama dengan penyakit jantung kongestif, kegagalan buah pinggang kronik, dan hiperkalsemia.

Hiperkalsemia adalah keadaan perubatan yang jarang berlaku tetapi sangat serius dan boleh melemahkan tulang, merosakkan buah pinggang dan jantung.

Laporan Stevens mengenai kematian Mitchener menimbulkan kebimbangan bahawa suplemen vitamin D boleh mencetus kesan sampingan yang sangat serius apabila diambil secara berlebihan.

Namun jelasnya, peraturan pelabelan suplemen semasa tidak memerlukan risiko sedemikian untuk disebutkan pada botol produk.

“Tiada amaran pada atau dalam pembungkusan yang memperincikan risiko khusus atau kesan sampingan mengambil suplemen vitamin D.

“Kami khuatir risiko kematian akan meningkat sekiranya tindakan segera tidak diambil memandangkan ramai yang memilih suplemen tinggi vitamin D untuk meningkatkan sistem imun sejak pandemik Covid-19,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN