Lelah perang, pasukan payung terjun Israel enggan serang Rafah

Lelah berperang, pasukan payung terjun Israel enggan serang Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Seramai 30 tentera briged payung terjun Pasukan Tentera Israel (IOF) mengingkari arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melakukan persiapan melancarkan serangan darat di Rafah.

Alasan mereka tidak mahu akur dengan perintah tersebut kerana sudah terlalu penat menghadapi pertempuran yang belum berkesudahan.

“Mereka diperintahkan untuk melakukan persiapan sebelum serangan darat ke Rafah dilancarkan. Namun, mereka menolak kerana merasakan tidak mampu meneruskan pertempuran di Gaza setelah bertempur selama lebih tujuh bulan.

“Kepenatan menjadi alasan utama penolakan tersebut,” katanya lapor Anadolu.

Disoal ramai anggota tentera yang membelot arahan Netanyahu, Pejabat Angkatan Tentera Darat berkata, pihaknya tidak akan memaksa mana-mana anggota tentera untuk turut serta dalam operasi serangan.

Jelasnya, Rafah merupakan lokasi paling sukar dan mencabar untuk bertempur, ditambah lagi dengan bantahan Mesir dan Amerika Syarikat terhadap operasi tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama situasi sama berlaku kerana awal April lalu, sebanyak 100 tentera wanita Israel menolak arahan Netanyahu untuk mewajibkan penyertaan bersama pasukan IOF.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya