AMMAN: Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi menegaskan masyarakat antarabangsa harus menghentikan taktik kotor Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meningkatkan konfrontasinya dengan Iran demi mengalihkan perhatian dunia terhadap kekejaman di Gaza. Dalam kenyataan akhbar bersama rakan sejawatannya dari Jerman di Berlin, Ayman berkata, Iran mengumumkan isu itu sudah selesai selepas melakukan serangan pada Sabtu dan tiada sebab untuk Israel meneruskan tindak balasnya. “Kami menentang peningkatan ketegangan. Netanyahu sengaja mahu menarik perhatian dunia daripada Gaza sebaliknya mahu kita menumpukan pada konfrontasinya dengan Iran. Ayman berkata, Jordan akan melakukan apa sahaja untuk melindungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya