Komik watak Superman dilelong AS$6 juta

Komik watak Superman dilelong AS$6 juta

SALINAN buku komik Action Comics No. 1 tahun 1938 memaparkan penampilan pertama Superman.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Salinan komik yang pertama kali memperkenalkan watak Superman dinobat sebagai buku komik termahal di dunia selepas dijual pada harga AS$6 juta (RM28.47 juta) dalam sesi lelongan minggu ini.

Heritage Auctions berkata, buku komik Action Comics No. 1 memaparkan penampilan sulung Superman yang diterbitkan pada tahun 1938 berjaya menarik bidaan tinggi, sekali gus memecahkan rekod dunia pada sesi lelongan Khamis lalu.

Buku komik dengan lukisan Man of Steel yang ikonik pada kulitnya itu diperiksa oleh perkhidmatan penggredan koleksi CGC dan diberi gred sangat halus pada skala 8.5, menjadikannya salinan gred tertinggi ketiga Action Comics No. 1  yang diketahui masih wujud.

Menurut CGC, hanya kira-kira 100 naskah komik itu dipercayai masih wujud memandangkan perkhidmatannya hanya menggredkan 78 naskah selama ini.

Komik itu diterbitkan oleh National Allied Publications, peneraju kepada Komik DC zaman moden.

Rekod sebelumnya untuk buku komik termahal ialah salinan Superman No. 1 yang dijual secara persendirian dengan harga AS$5.3 juta (RM25.15 juta) pada 2022.

Antara komik yang turut mencatat jualan tertinggi dalam sesi lelongan ialah salinan Near Mint+ 9.6 Amazing Fantasy No. 15, penampilan pertama Spider-Man yang dijual pada harga AS$3.6 juta (RM17.08 juta) pada September 2021.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN