Indonesia sambut 1 Syawal serentak pada 10 April

Indonesia sambut 1 Syawal serentak pada 10 April

LEBARAN bakal disambut serentak pada 10 April di Indonesia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia dijangka menyambut hari raya Aidilfitri secara serentak bersama organisasi Islam di negara itu pada Rabu, 10 April ini.

Timbalan Menteri Agama, Saiful Rahmat Dasuki berkata, kerajaan meramalkan hari pertama bulan Syawal akan jatuh pada hari berkenaan.

“Dengan kondisi seperti itu, Insya-Allah Aidilfitri akan disambut bersama bagi seluruh umat Islam di seluruh Indonesia,” katanya dipetik portal Detik.

Sama dengan pemerintah, Organisasi Islam Nahdlatul Ulama juga menetapkan tarikh 1 Syawal setelah mempertimbangkan hasil sidang isbat yang diselenggarakan oleh kerajaan dan mengunjurkan tarikh serupa pada 10 April.

Pertubuhan Islam Muhammadiyah pula sudah mengisytiharkan sambutan Aidilfitri pada tarikh serupa lebih awal menerusi kenyataan yang dibuat pada Januari lalu.

“Pimpinan Pusat Muhammadiyah menyatakan bahawa pada 9 April 2024 di Yogyakarta anak bulan akan kelihatan dan di Indonesia apabila matahari terbenam, bulan berada di atas ufuk. 

“Jadi di Indonesia, 1 Syawal 1445 Hijrah jatuh pada hari Rabu, 10 April 2024,” jelas Majelis Tarjih dan Tajdid Pimpinan Pusat Muhammadiyah dalam pengumuman yang dikeluarkan pada 12 Januari lalu.

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan turut menyambut 1 Syawal pada tarikh tersebut selepas memulakan 1 Ramadan pada 11 Mac berdasarkan kaedah rukyah hilal yang dilihat di Hawtat Sudair pada 29 Syaban lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN