JAKARTA: Sekurang-kurangnya 800 orang di wilayah Sulawesi Utara di Indonesia dipindahkan selepas letusan Gunung Berapi Ruang memuntahkan awan lahar dan abu ke langit. Gunung berapi itu, yang terletak di pulau Ruang kira-kira 100 kilometer (km) dari ibu kota wilayah Manado meletus lebih tiga kali sejak semalam. Pegawai Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Heruningtyas Desi Purnamasari berkata, pihak berkuasa meningkatkan amaran ke tahap kedua tertinggi berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi tersebut. “Letusan Gunung Ruang dicetuskan oleh gempa bumi baru-baru ini di pulau itu, mengeluarkan awan panas berbaaya setinggi 1.8km…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya