LONDON: Sebuah firma hartanah mengalami kerugian besar apabila rumah yang dimiliki tidak dapat dijual semula gara-gara gagal mengesan serangan tumbuhan perosak Japanese Knotweed di kediaman itu. Pengarah House Buy Fast, Jonathan Rolande berkata, firmanya terpaksa menanggung kerugian sebanyak 20,000 pound (RM118,461) untuk menangani tumbuhan invasif itu. Katanya, masalah itu juga menyebabkan kediaman berharga 56,000 pound (RM331,692) di Aberdare, South Wales gagal untuk kembali berada di pasaran selama lebih empat tahun. Lapor Daily Mail, rumpun buluh Knotweed Jepun boleh merosakkan struktur dengan memberikan tekanan pada dinding dan pagar, malah menghalang pemilik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya