AS, China setuju bincang pertumbuhan ekonomi seimbang

AS, China setuju bincang pertumbuhan ekonomi seimbang

JANET Yellen (kiri) dan He Lifeng berjabat tangan selepas pertemuan di Rumah Tamu Guangdong Zhudao di bandar Guangzhou, selatan China.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUANGZHOU: Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju untuk mengadakan pertukaran intensif mengenai pertumbuhan ekonomi seimbang dan kestabilan kewangan selepas dua hari perbincangan antara Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen dan rakan sejawatannya dari China, He Lifeng di Guangzhou.

Rundingan tersebut menandakan langkah terbaharu dalam usaha bersama untuk menstabilkan hubungan kukuh dua ekonomi terkemuka dunia itu sejak pertemuan antara Presiden, Joe Biden dan Xi Jinping November lalu.

“Pertukaran ini akan memudahkan perbincangan mengenai ketidakseimbangan makroekonomi termasuk kaitannya dengan lebihan kapasiti.

“Saya juga berhasrat menggunakan peluang ini untuk menyokong medan yang sama rata bagi pekerja dan firma AS,” kata Yellen dalam satu kenyataan.

AS melihat lebihan kapasiti sebagai subsidi besar China kepada industri seperti solar, kenderaan elektrik dan bateri yang mempertaruhkan banyak barangan murah hingga mengancam sektor tersebut di tempat lain.

Selepas memberi amaran lebihan kapasiti China boleh menimbulkan risiko kepada ekonomi di seluruh dunia, Yellen memberitahu media beliau membincangkan isu itu selama lebih dua jam semasa rundingan pada pagi Sabtu dengan Lifeng.

Beijing menolak kebimbangan mengenai sokongan besar negaranya terhadap industri dan mengutuk siasatan Kesatuan (EU) terhadap subsidinya untuk kenderaan elektrik (EV) sebagai perlindungan dan sebahagian daripada usaha Barat untuk mempolitikkan perdagangan antarabangsa.

Tetapi Yellen berkata, beberapa kemajuan berjaya dicapai dalam mendapatkan kedua-dua pihak untuk melihat dengan jelas berhubung isu tersebut.

Yellen juga tidak mengancam untuk menaikkan tarif atau mengenakan halangan perdagangan lain jika China gagal mengekang sokongan yang mengembangkan pengeluaran EV, panel solar dan produk tenaga bersih lain jauh melebihi permintaan domestik.

“Saya fikir China menyedari betapa prihatinnya kami tentang implikasi strategi perindustrian mereka kepada AS dan potensi membanjiri pasaran kami dengan eksport yang menyukarkan firma kami bersaing kerana negara lain juga mempunyai kebimbangan yang sama.

“Ia tidak akan diselesaikan dalam satu petang atau sebulan. Perjanjian mengadakan rundingan baharu dapat menyediakan cara berstruktur untuk terus mendengar antara satu sama lain dan melihat sama ada kita boleh mencari jalan ke hadapan yang akan mengelakkan konflik,” ujar Yellen.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya