NEW DELHI: Youtuber terkenal India, Elvish Yadav ditahan polis selepas didakwa membekalkan bisa ular untuk digunakan sebagai dadah rekreasi di sebuah parti hiburan tahun lalu. Menurut penyiar India NDTV, bintang realiti TV dan pempengaruh yang mempunyai lebih 15 juta pengikut di laman YouTube itu kini ditahan di bawah Akta Hidupan Liar. Sebuah parti liar di dewan bankuet di Noida diserbu pada November lalu dan polis merampas sembilan ekor ular termasuk ular tedung bersama botol berisi 20 mililiter racun ular yang disyaki digunakan dalam dadah oleh pengunjungnya. Polis melancarkan siasatan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya