KAMPALA: Seorang aktivis alam sekitar dari Kampala di Uganda berjaya mencipta rekod dunia selepas memeluk pokok untuk tempoh paling lama. Faith Patricia Ariokot, 29, memeluk batang pokok selama 16 jam enam saat untuk menjadi pemegang rekod rasmi yang pertama bagi cabaran tersebut. Menurut Faith, dia melakukan cabaran itu untuk menggalakkan orang ramai menanam pokok, selain menekankan keperluan melindungi alam sekitar. “Pokok merupakan `tentera’ paling hebat dalam memerangi perubahan iklim,” katanya. Jelas Faith, ketika sedang memilih pokok untuk dipeluk dalam cabaran rekod dunia itu, dia dapat merasakan `seolah-olah seperti memilih gaun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya