NEW YORK: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan memiliki wajah seiras Britney Spears mampu menjana pendapatan sebanyak 20,000 pound (RM120,386) setahun apabila membuat penampilan seperti penyanyi terkenal itu. Lapor Mirror, Allegra DuVal, 35, dari Virginia meraih pendapatan sampingan tersebut dengan hanya berdandan dan berlakon sebagai penyanyi popular itu. Menurut Allegra, dia sering dibandingkan dengan bintang pop itu sepanjang hidupnya sehingga rakan-rakannya juga menggelarnya menggunakan nama `Britney’. Katanya, kira-kira tiga tahun lalu, dia menerima persamaannya dan mula mempelajari semua perkataan, rutin tarian serta lagu popular Britney untuk berpenampilan seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya