BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra melawat kampung halamannya di utara negara itu ketika membuat penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa. Jutawan kontroversi yang dua kali dipilih sebagai perdana menteri dan digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006, berkunjung ke kuil Bangkok City Pillar sebelum terbang dengan jet peribadi untuk lawatan tiga hari ke Chiang Mai. Selepas mendarat di Chiang Mai yang juga bandar kelahiran dan pangkalan kuasa politik tradisionalnya kira-kira pukul 9.40 pagi (waktu tempatan), Thaksin disambut oleh keluarganya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya