SINGAPURA: Kerajaan republik ini mengumumkan akan menaikkan kriteria gaji bagi pekerja asing eksekutif dan profesional yang boleh diambil bekerja oleh syarikat mulai tahun depan. Bermula Januari tahun depan, warga asing harus menerima gaji sebanyak S$5,600 (RM19,698) atau lebih untuk sebulan bagi memenuhi kelayakan memperoleh pas pekerja yang biasanya diberikan kepada profesional berpendapatan tinggi. Mereka yang bekerja dalam sektor kewangan akan dinaikkan gaji kepada S$6,200 (RM21,808) berbanding S$5,500 (RM19,346). Menurut Kementerian Sumber Manusia, langkah itu bagi memastikan pemegang EP (pas pekerjaan) berkelayakan tinggi, selain mengekalkan peluang yang sama rata untuk penduduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya