SINGAPURA: Pemerintah Singapura mengarahkan kedutaan Israel di negara itu supaya memadam satu hantaran provokasi di laman Facebook yang cuba membandingkan Israel dengan Palestin. Perkara itu didedahkan Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang, K Shanmugam. Pada Ahad lalu, akaun Facebook rasmi kedutaan Israel itu memuat naik satu hantaran mengandungi dakwaan yang membandingkan sebutan Israel dan Palestin dalam al-Quran. Hantaran tersebut mendakwa Israel disebut 43 kali dalam al-Quran, manakala Palestin tidak disebut sama sekali. “Setiap bukti arkeologi, peta, dokumen, syiling menghubungkan tanah Israel dengan penganut Yahudi sebagai penduduk asli tanah itu,” jelas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya