SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 334 orang menjadi mangsa penipuan penjualan tiket konsert Taylor Swift pada Januari dan Februari membabitkan kerugian mencecah 213,000 dolar Singapura (RM749,887). Taylor Swift berada di Singapura bagi enam pertunjukan konsert bermula esok yang juga persembahan pertamanya di Asia Tenggara. “Polis ingin mengingatkan orang awam supaya menjadi pembeli online yang berhati-hati, terutama ketika membeli tiket konsert daripada penjual pihak ketiga menjelang konsert Taylor Swift,” tegas polis. Bulan lalu, polis memberi amaran terhadap penipuan tiket konsert, kebanyakannya bagi pertunjukan Taylor Swift, Coldplay, Yoasobi, Joker Xue dan Enhypen. Platform Carousell juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya