BERN: Penduduk Switzerland mengundi menyokong cadangan menambah pencen sebulan lagi pada setiap tahun kepada golongan tua di negara itu. Pungutan suara yang diadakan di seluruh negara itu memberi fokus terhadap taraf hidup golongan berkenaan. Sebelum ini, kerajaan memberi amaran bahawa cadangan pencen bulanan ke-13 itu akan menjadi terlalu mahal untuk dibayar. Namun, hampir 60 peratus penduduk mengundi menyokong cadangan itu dalam pungutan suara yang diadakan semalam. Selain itu, kira-kira 75 peratus pengundi pula menolak cadangan meningkatkan had umur persaraan daripada 65 tahun kepada 66 tahun. Bayaran maksimum pencen bulanan negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya