BANGKOK: Jumlah penduduk Thailand diramal merosot daripada 66 juta kepada 33 juta orang dalam tempoh enam dekad akan datang. Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somsak Thepsutin memberi amaran itu semasa mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berhubung isu membendung kehamilan remaja. Somsak memetik data statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC). Lapor thethaiger.com, Somsak mendedahkan penurunan mengejutkan dalam kadar kesuburan daripada 6.29 pada tahun 1970 kepada 1.08 pada tahun lalu. “Jumlah bayi yang baru lahir di Thailand merosot di bawah 500,000 setiap tahun, sangat berbeza dengan lebih sejuta kelahiran yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya