TRIPOLI: Tiga pemimpin utama Libya menyatakan persetujuan mengenai keperluan untuk membentuk kerajaan baharu yang akan menyelia pilihan raya negara itu yang lama tertangguh. Proses politik untuk menyelesaikan konflik selama lebih sedekad di Libya tergendala sejak pilihan raya dijadualkan pada Disember 2021 gagal dilaksanakan di tengah-tengah pertikaian mengenai kelayakan calon utama. Lapor Middle East Monitor, tiga pemimpin berkenaan terdiri daripada Presiden kepada Majlis Presiden, Mohamed Menfi, ketua Majlis Negara Tinggi (HSC), Mohamed Takala dan Speaker Dewan Perwakilan Libya, Aguila Saleh. Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga pemimpin itu turut menggesa Misi Pertubuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya