GAZA CITY: Pemimpin dunia menggesa siasatan segera dijalankan berhubung kejadian ratusan penduduk Palestin maut ditembak oleh tentera Israel ketika menyerbu ke arah trak bantuan di Gaza. Malah, pemimpin berkenaan juga mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta di wilayah itu yang dilanda konflik selama hampir lima bulan. Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock menerusi aplikasi X menggesa siasatan sepenuhnya terhadap kejadian tembakan besar-besaran boleh berlaku. Rakan sejawatnya dari Perancis, Stephane Sejourne pula menegaskan siasatan bebas perlu dilakukan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Dalam pada itu, ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya