WASHINGTON: Calon Presiden Republikan, Nikki Haley memenangi pemilihan peringkat utama parti itu di Washington, kejayaan pertamanya dalam proses pencalonan yang bermula sejak Januari lalu. Keputusan tersebut diumumkan Edison Research, sekali gus menjadi kemenangan simbolik kepada bekas Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu yang juga satu-satunya pencabar bekas Presiden, Donald Trump. Haley berjaya memenangi 62.9 peratus undian dalam perlumbaan itu berbanding Trump yang memperoleh 33.2 peratus undi. “Tidak menghairankan penyokong Republikan di Washington yang sering diherdik Trump menolak beliau dan semua kekacauannya,” kata jurucakap kempen Haley, Olivia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya