GAZA CITY: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan Menteri Pertahanan, Keselamatan Negara dan Kewangan untuk menyediakan ruang tambahan di penjara Israel. Langkah itu sebagai persediaan bagi penahanan beribu-ribu lagi penduduk Palestin pada tahun ini. Perkara itu dilaporkan oleh portal Al Jazeera di platform media sosial X. Arahan itu dikeluarkan selepas penilaian pasukan pertahanan Israel (IDF) dan Shin Bet mendapati ribuan lagi akan ditangkap di Gaza dan Tebing Barat sepanjang tahun 2024. Tindakan itu akan menyebabkan ruang di penjara Israel menjadi terhad sekiranya persediaan tidak dilakukan. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya