AUSTIN: Duchess of Sussex, Meghan Markle mengkritik sikap toksik yang tidak berkesudahan di media sosial, malah mendedahkan beliau turut menjadi mangsa buli dan penderaan siber semasa mengandungkan dua anaknya, Archie dan Lilibet. Meghan meluahkan perkara itu ketika menjadi penceramah utama bersama senarai panel berprofil tinggi dalam forum khas sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada festival tahunan SXSW di Austin, Texas. Lapor BBC, suaminya, Putera Harry turut berada di barisan hadapan penonton dalam acara tersebut. Beliau mengakui kini memilih untuk menjauhkan diri daripada komen sedemikian demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan mentalnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya