JAKARTA: Jumlah mangsa yang terbunuh dalam bencana banjir kilat dan tanah runtuh di pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 21 orang dengan enam lagi masih hilang. Hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang melanda daerah Pesisir Selatan di wilayah Sumatera Barat, menyebabkan kira-kira 75,000 orang terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara. “Kira-kira 200 keluarga di sebuah perkampungan lereng bukit di mukim Sutera terputus hubungan selepas insiden tanah runtuh akibat banjir kilat. “Usaha pencarian melibatkan kira-kira 150 orang daripada organisasi bencana di Sumatera Barat,” kata pemangku Ketua Agensi Mitigasi Bencana Pesisir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya