BANGKOK: Gara-gara terdesak ingin melangsaikan hutang, seorang lelaki berusia 57 tahun di Thailand berjanji untuk menjual sebelah matanya bagi menyelesaikan masalah kewangan dihadapinya. Gambar menyayat hati lelaki itu yang juga penjual buah tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Lapor thethaiger.com, gambar itu menunjukkan lelaki tersebut sedang menjual buah-buahan dengan sepanduk tertera mesej ‘mata untuk dijual’. Pada mulanya, kisah penjual buah itu dikongsi di laman Facebook Panda Lab Doctor. Media tempatan kemudian mendedahkan keadaan teruk yang mendorong penjual buah itu bertindak sedemikian. Meskipun, kegiatan pemerdagangan organ…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya