BEIJING: Seorang penghibur profesional di China mencari rezeki dengan berlakon sebagai pengemis di sebuah kawasan tumpuan pelancong di negara itu. Sejak 12 tahun lalu, Lu Jingang dilaporkan melakukan pekerjaan itu dengan menerima wang dan makanan disumbangkan oleh orang ramai yang simpati dengan keadaannya. Lapor Oddity Central, Jingang berlakon sebagai pengemis di sekitar Taman Qinming Shanghe, wilayah Henan. Dengan mukanya yang dipenuhi kotoran, renungan mata sedih dan berpakaian kusut masai, Jingang pandai melakonkan watak pengemis untuk menarik perhatian pelancong mendermakan wang. Penghibur berbakat itu dikatakan mampu menjana pendapatan sehingga 70,000 yuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya