JAWA TIMUR: Sebuah masjid di Magetan, Jawa Timur melaksanakan solat tarawih selama lapan jam dengan menghabiskan kesemua 30 juzuk al-Quran dalam satu malam.
Ibadah solat sunat itu sebenarnya sudah menjadi tradisi tahunan di Masjid Al-Fatah yang terletak di kompleks sekolah pondok Al-Fatah.
Difahamkan, solat tarawih akan dilaksanakan bermula dari pukul 7 malam (waktu tempatan) dan berakhir pada pukul 3 pagi.
Jemaah masjid tersebut terdiri daripada hafiz al-Quran dari sekolah pondok dan tahfiz dengan melaksanakan 20 rakaat dan tiga rakaat solat witir.
Tidak ramai penduduk setempat yang menyertai solat tarawih di sana, disebabkan tempoh masanya yang terlalu lama.-AGENSI