Kate Middleton hidap kanser - Utusan Malaysia

Kate Middleton hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Puteri Wales, Kate Middleton, 42, mengumumkan menghidap kanser selepas menjalani pembedahan di bahagian perut, Januari lalu.

Isteri pewaris takhta Britain, Putera William itu kini sedang menjalani peringkat awal kemoterapi.

Menyifatkan berita itu sebagai kejutan besar, beliau mahu dirinya diberikan ruang, masa dan privasi bagi menyelesaikan baki rawatan yang perlu dilalui.

Bagaimanapun, ibu tiga anak ini tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi, namun memberitahu dirinya dalam keadaan baik serta sentiasa kuat setiap hari.

Kate juga memaklumkan terpaksa mengambil masa untuk menerangkan situasi sebenar dan menyakinkan anaknya, Putera George, 10; Puteri Charlotte, 8, dan Putera Louis, 5, mengenai kondisi dirinya.

Beliau membuat pengumuman itu, dua bulan selepas mengasingkan diri daripada khalayak.

Berita itu diumumkan selepas Raja Charles III juga menjalani rawatan penyakit kanser yang tidak didedahkan secara terperinci.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya