GAZA: Sebuah kapal yang membawa 200 tan bantuan ke Gaza menggunakan koridor maritim baharu dari Cyprus, mula memunggah kargonya semalam. Kapal Open Arms, yang berlayar dari Cyprus pada Selasa lalu, menunda tongkang berisi 200 tan makanan untuk penduduk Gaza yang berdepan dengan kebuluran selepas peperangan lebih lima bulan. Jurucakap badan amal Amerika Syarikat (AS) yang bekerja dengan Open Arms, Linda Roth berkata, World Central Kitchen (WCK) sedang memunggah tongkang yang disambungkan ke jeti. “Kapal itu mengandungi 130 palet peralatan kemanusiaan, 115 tan makanan dan air yang dipindahkan ke 12 trak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya