HONG KONG: Banyak hospital di China berhenti menawarkan rawatan bersalin dan perkhidmatan bayi baru lahir tahun ini dengan pakar industri memberi amaran tentang ‘musim sejuk obstetrik’ berikutan penurunan rekod kelahiran baharu. Sejak dua bulan lalu, hospital di pelbagai wilayah termasuk di timur Zhejiang dan selatan Jiangxi mengumumkan akan menutup jabatan obstetrik mereka. Hospital Rakyat Kelima Kota Ganzhou di Jiangxi menerusi akaun WeChat rasminya memaklumkan perkhidmatan obstetrik digantung sejak 11 Mac lalu. Perkara sama turut dilakukan Hospital Perubatan Tradisional Jiangshan Zhejiang yang mengumumkan wad obstetriknya sudah berhenti menerima pesakit mulai 1…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya