KAHERAH: Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan dalam dua serangan berasingan Israel di Semenanjung Gaza kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan Gaza. SERANG PENDUDUK AWAM Kejadian pertama menyaksikan lapan orang terbunuh dalam serangan udara ke atas pusat pengedaran bantuan di kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Kemudian, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan lebih 150 lagi cedera akibat tembakan Israel ke arah orang ramai yang menunggu trak bantuan di bulatan utara Gaza. Menurut pegawai kesihatan Palestin, mangsa yang maut dan cedera akibat serangan kedua dibawa ke hospital al Shifa. Bagaimanapun,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya