Hong Kong catat suhu paling tinggi bagi bulan Mac

Hong Kong catat suhu paling tinggi bagi bulan Mac

A man cools himself with a fan during a hot day in Hong Kong on September 13, 2022. (Photo by Peter PARKS / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Suhu Hong Kong mencecah paras tertinggi yang direkodkan pada bulan Mac dalam tempoh 140 tahun, pada 24 Mac lalu.  

Balai Cerap Hong Kong melaporkan suhu maksimum adalah 31.5 darjah Celcius yang tertinggi direkodkan pada bulan Mac sejak 1884, lapor The Straits Times.  

Suhu tersebut melonjak hingga 32 darjah Celcius di kawasan utara wilayah berhampiran bandar Shenzhen, China. 

Pada 21 Mac lalu, balai cerap memberi amaran negara itu dijangka menyaksikan suhu purata melebihi normal pada 2024, dengan berisiko tinggi untuk mencapai 10 rekod suhu paling panas.  

Hong Kong mengalami musim panas paling tinggi pada 2023, dengan suhu mencecah 29.7 darjah Celcius antara Jun hingga Ogos lalu. 

Sepanjang 12 bulan tahun lalu, ia mencatatkan suhu lebih panas daripada biasa. 

Perubahan iklim menyebabkan peningkatan suhu panas serta kekerapan kejadian cuaca ekstrem di seluruh dunia.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya