JAWA TIMUR: Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter dilaporkan melanda wilayah Tuban, Jawa Timur, pada pukul 11.22 pagi tadi.
Badan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) memaklumkan gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (KM), kira-kira 132 KM dari timur laut Tuban.
Bagaimanapun, gegaran itu dilaporkan tidak berpotensi menyebabkan Tsunami.
Warga maya memuat naik perkongsian dalam media sosial mengenai gegaran yang dapat dirasakan hingga Surabaya, Lamongan, Blora, Kudus dan Jawa Tengah.-KOMPAS.COM