COLORADO: Seorang juri menganugerahkan pampasan sebanyak AS$3.76 juta (RM17.79 juta) kepada seorang warga emas di Denver selepas polis tersilap menyerbu rumahnya untuk mencari barang yang dicuri. Rumah wanita berusia 78 tahun itu diserbu oleh sepasukan polis berdasarkan `maklumat palsu’ yang diperoleh menerusi aplikasi Find My di iPhone yang digunakan untuk mengesan barang curi itu. Ketika serbuan itu, Ruby Johnson yang berpakaian jubah mandi dipaksa keluar dari rumahnya dan diminta menunggu di dalam kereta polis. Lapor BBC, juri mendapati serbuan pada 4 Januari 2022 dijalankan tanpa sebab yang munasabah dan melanggar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya