BEIJING: Seorang wanita muda di China yang tidur sambil memakai fon kepala untuk mendengar muzik setiap malam selama dua tahun, dilaporkan hilang pendengarannya. Lapor Oddity Central, Wang dari Shandong kini terpaksa memakai alat bantuan pendengaran untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Wang yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah firma tempatan, baru-baru ini ke hospital untuk melakukan pemeriksaan telinga selepas menyedari mengalami masalah pendengaran. Seringkali apabila penyelianya berbisik kepadanya semasa mesyuarat, Wang menghadapi masalah untuk memahami kata-kata penyelia itu dan dia bimbang ini akan menyebabkan masalah di tempat kerja. Pemeriksaan menyeluruh mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya