BEIJING: China memperkenalkan garis panduan baharu untuk menyekat penggunaan cip mikropemproses Intel dan AMD buatan Amerika Syarikat (AS) secara berperingkat daripada komputer dan pelayan peribadi kerajaan. Menurut laporan Financial Times, panduan perolehan baharu itu juga bertujuan untuk menyingkirkan sistem pengendalian Windows Microsoft dan perisian pangkalan data buatan asing bagi membuka peluang kepada pilihan domestik. Agensi kerajaan di atas peringkat perbandaran turut diberitahu untuk memasukkan kriteria yang memerlukan pemproses dan sistem pengendalian selamat serta boleh dipercayai semasa membuat sebarang pembelian. Kementerian industri China pada akhir Disember lalu mengeluarkan kenyataan dengan tiga senarai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya