WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden memaklumkan Amerika Syarikat (AS) akan menghantar pakej bantuan ketenteraan baharu yang bernilai AS$300 juta (RM1.41 bilion) kepada Ukraine. Ia dilihat sebagai langkah pertama seumpamanya dalam tempoh beberapa bulan ketika dana tambahan untuk Kyiv masih disekat oleh pemimpin Republik di Kongres. White House berusaha sedaya upaya mencari jalan untuk menghantar lebih banyak bantuan ketenteraan selepas mengambil kira keadaan di medan perang dan bantahan terhadap pembiayaan daripada penyokong tegar Republikan. Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan berkata, pembiayaan itu diperoleh menerusi hasil penjimatan kos yang tidak dijangka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya