GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 30,320 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Gaza. Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas. Menurut kementerian, angka korban penduduk Gaza meningkat secara mendadak selepas 92 kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Jelas kementerian, seramai 71,533 orang mengalami kecederaan di Gaza sejak konflik meletus pada 7 Oktober tahun lalu. Sementara itu, Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan tiga kediaman penduduk di Deir el-Balah dan Jabalia. Jelas laporan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya