60 maut, 145 cedera ditembak dalam konsert rock

60 maut, 145 cedera ditembak dalam konsert rock

INSIDEN tembakan rambang di sebuah konsert ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow, Russia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 60 maut dan lebih 145 cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah konsert di Dewan Bandaraya Crocus, Moscow, semalam.

Perkhidmatan Keselamatan Russia (FSB) mendedahkan tembakan itu dilepaskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata automatik ketika peminat menyaksikan persembahan kumpulan rock otai, Picnic.

Sebanyak lima senjata ditemukan selepas tembakan dilepaskan berulang kali ke arah orang awam sehingga situasi bertukar riuh apabila kawasan berkenaan dibanjiri mangsa terbunuh dan cedera.

Serangan itu menyebabkan dewan konsert terbabit terbakar sehingga menyebabkan bumbungnya runtuh.

Dewan konsert tersebut merupakan antara lokasi paling popular di Moscow yang boleh menampung kapasiti 6,200 orang.

Serangan terkini itu memecah rekod insiden paling terburuk sejak 2004, semasa lebih 330 pelajar Sekolah Beslan ditawan dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak terbunuh.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya