GAZA CITY: Kakitangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dinafikan akses untuk memasuki Hospital Nasser di Khan Younis sejak 29 Januari lalu ekoran tentera Israel menempatkan kemudahan itu di bawah pengepungannya. Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap WHO, Tarik Jasarevic dalam satu temu bual bersama Al Jazeera. Menurut Tarik, pihaknya sudah mencuba beberapa kali untuk mengunjungi hospital tersebut namun permintaan mereka ditolak. “Kami mendapat laporan kira-kira 400 pesakit masih berada di sana, serta sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan sebuah gudang dimusnahkan,” katanya. Israel mengarahkan penduduk yang berlindung di hospital itu untuk berpindah segera.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya