BEIJING: Seorang warga emas berusia 88 tahun dari China dinobat sebagai pencipta kandungan permainan video tertua oleh Rekod Dunia Guinness. Yang Binglin atau dikenali sebagai ‘Grandpa Yang’ menjadi sensasi media sosial di China selepas mula berkongsi klip sesi permainannya di platform perkongsian video Bilibili. Warga emas dari wilayah Sichuan itu mempunyai lebih daripada 280,000 pengikut di web berkenaan dan kerap menyiarkan vlog tentang pengalamannya dengan permainan termasuk Tomb Raider dan Call of Duty. Menurut UPI, Binglin sudah menyiarkan lebih 70 video permainan pada akaun Bilibili dan klip dia bermain Hitman:…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya