KYIV: Perisikan Ukraine mendakwa tentera Russia menggunakan perkhidmatan internet peranti satelit Starlink di kawasan yang diduduki di timur negara itu. Sambil mendedahkan bukti, perisikan tentera Ukraine mengesahkan laporan sebelum ini bahawa wujudnya penggunaan `sistematik’ terminal sistem komunikasi satelit milik hartawan Elon Musk oleh pasukan tentera Russia. Lapor Al Jazeera, sistem Starlink dianggap amat penting bagi komunikasi medan perang Ukraine dalam pencerobohan Russia hampir dua tahun ketika Kyiv berdepan pasukan tentera yang besar dan lengkap. Namun, kawalan peranti satelit Starlink kekal menjadi kebimbangan untuk Kyiv dan sekutunya. Terminal satelit itu dibawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya